- Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
- Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
- Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
- Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
- Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjukajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
- Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
- Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
- Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.
- Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
- Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
- Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan KAunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
- Merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
- Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
- Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
- Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan KAunseling.
- Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
- Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
- Menjadi personel perhubungan/seranta sekoalh dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
- Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
- Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas Sekolah.
- Menjadi penyelaras dalam program mento-mentee sekolah.
- Menjadi Penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon