Program Guru Penyayang dan Sekolah Penyayang

Guru membantu murid membetulkan kedudukan tali leher murid
Guru membantu murid membetulkan kedudukan tudung kepala

Guru bertegur mesra dengan murid

Guru membetulkan kedudukan tali leher murid

Guru menyambut kehadiran murid di Pintu pagar utama sekolah

Murid membuang sampah dalam tong sampah yang disediakan

Murid penuh teliti mendengar ucapan guru

Murid membetulkan kedudukan pasu bunga sekolah


Pengetua melayan permintaan murid walau bukan pertemuan formal

Murid begitu sopan ketika mengikuti ceramah

Murid tunduk hormat ketika bertemu guru







PENGENALAN

Program ini dilakasanakan bagi memenuhi kehendak dalam anjakan 3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang antara lainnya untuk  Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.

Program Guru Penyayang merupakan salah satu program Jabatan Pendidikan Sabah. Teras kepada Konsep Sekolah Penyayang ialah sayang-menyayangi dan kemesraan. Melebarkan salam melalui Budaya Memberi Salam kepada guru adalah salah satu cara menjayakan Budaya Menghormati Guru. Ucapan kesejahteraan yang diberikan akan menumbuhkan bibit-bibit kasih sayang terhadap guru. Apabila kasih sayang tersemai, murid akan tertarik untuk datang ke sekolah dan mengasihi sekolah.

Disamping itu program ini adalah untuk memperkasa, menambahbaik dan menghalusi PROGRAM BUDAYA SEMEKGONG yang selama ini diamalkan oleh pihak sekolah dengan ciri pengurusan program yang lebih tersusun dan jelas.


MATLAMAT

  1. Murid menyukai persekitaran sekolah yang harmonis
  2. Menanam minat dikalangan murid untuk belajar
  3. Murid menjadikan sekolah tempat rujukan berkaitan masa depan
  4. Peningkatan kehadiran murid ke sekolah setiap hari


TEMPOH PELAKSANAAN
Sepanjang Tahun


TARIKH PELANCARAN
06 Februari 2017 (Isnin)

SASARAN

Guru dan murid SMK Matunggong
Previous
Next Post »