Murid ku Melangkah Kejayaan

Catatan Kaunselor - Setelah bercuti selama seminggu meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri maka tibanya hari persekolahan bermula semula. Mood cuti raya masih kelihatan di wajah setiap anak didik dan guru. Perhimpunan rasmi hari Isnin sekolah memperlihat akan situasi itu.

Namun apa yang menjadi kegembiraan adalah bila kelibat bekas murid sekolah ini melapor diri sebagai pelatih bakal guru dan pelatih teknikal ICT untuk mencurahkan baktinya di sekolah ini. Tergambar dalam fikiran akan kejayaan guru-guru SMK Matunggong membentuk murid ini dalam dua sudut pandang. Pertama kejayaan guru membentuk sebagai murid yang punya akademik yang baik untuk melayakkan murid ini meneruskan kariernya dan kedua kejayaan guru membentuk sahsiah murid ini sehingga punya keinginan untuk menunjukkan bakatnya dengan memilih sekolah ini sebagai tempat khidmat praktikal. 

Adik Friska dan Adik Deaxllen dengan penuh hormat bertegur sapa dengan guru-guru yang pernah mengajarnya suatu ketika dulu. Masih kelihatan akan perwatakan sebagai anak murid apabila berjumpa dengan guru. Tunduk hormat, salam dan senyum budaya SEMEKGONG masih menjadi amalan. Sebagai kaunselor yang pernah mencurahkan khidmat kaunseling kepada kedua-dua bekas murid ini lagi amat bermakna akan keinginan mereka berkhidmat di sekolah ini. Pertemuan kaunselor dan anak didiknya telah membuka cerita zaman sekolah dan cerita perkembangan semasa.

Tahniah. Muridku engkau kini sedang melangkah menuju kejayaan. 
Teruskan usaha.

UBK SMK Matunggong


Latest
Previous
Next Post »